Platform Joran Pulau Melaka
<!--[if !vml]--><!--[endif]--> <!--[if !vml]-->
Penerangan:
Pulau Melaka merupakan sebuah pulau buatan yang telah ditambak oleh kerajaan negeri Melaka bagi tujuan pelancongan. Namun begitu, sehingga kini Pulau Melaka hanya menjadi tempat menunaikan solat bagi umat Islam di Masjid Selat yang terletak di pulau itu kerana bangunan-bangunan yang telah dibina telah pun terbengkalai. Oleh itu, idea untuk membina Platform Joran Pulau Melaka merupakan sebuah idea permulaan bagi membangunkan semula Pulau Melaka. Platform Joran Pulau Melaka merupakan sebuah platform khusus kepada semua kaki pancing (pemancing). Dengan platform serta kemudahan yang sempurna di samping lokasi yang amat strategik untuk memancing, Platform Joran Pulau Melaka ini bakal menarik ramai pemancing di sekitar negeri Melaka khasnya dan pemancing seluruh Malaysia amnya. Selain tarikan yang dikhususkan kepada para pemancing, platform ini juga bakal menjadi salah satu tumpuan pelancong dari seluruh pelusuk dunia yang melawat negeri Melaka Bandaraya Bersejarah dengan kerjasama erat dari Kerajaan Negeri Melaka serta Kerajaan Pusat.
<!--[if !vml]--><!--[endif]--> <!--[if !vml]-->
Ciri-ciri:
Platform Joran Pulau Melaka yang dirancang bakal mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1. Sebuah platform memancing /pelancong
2. Wakaf memancing
3. Tandas Awam
4. Tempat penyimpanan joran
5. Gerai
6. Restoran
7. Surau
Selain daripada ciri-ciri di atas, perkhidmatan memasak hasil tangkapan juga bakal disediakan bagi pemancing-pemancing yang ingin merasai hidangan hasil tangkapan yang segar.
Perkhidmatan pembersihan platform juga turut disediakan bagi memastikan keadaan platform sentiasa dalam keadaan yang bersih bagi keselesaan pelanggan.
Sistem pembentungan dan juga perparitan pula tidak akan disalurkan terus ke laut bagi menjaga ekosistem dan juga kebersihan laut disamping menjaga dan mengekalkan mutu hasil tangkapan. Suatu sistem pembentungan serta perparitan yang teratur dan sistematik bakal diwujudkan bersama ciri-ciri yang telah dinyatakan diatas.
Tempat penyimpanan joran turut disediakan bagi pemancing muslim khususnya yang ingin ke surau atau masjid untuk menunaikan ibadah mereka.
Gerai-gerai pula akan diwujudkan bagi membuka peluang kepada para peniaga yang lain untuk berniaga sekaligus dapat membantu negara dalam mengembangkan ekonominya ke suatu tahap yang sama seperti negara-negara maju.
Pasaran Sasaran:
Pasaran Sasaran bagi Platform Joran Pulau Melaka adalah seperti berikut:
1. Pemancing sekitar negeri Melaka
2. Pemancing sekitar Malaysia
3. Pelancong-pelancong ke negeri Melaka
Tarikan:
Dalam memenangi hati pelanggan tarikan dan pemasaran terhadap Platform Joran Pulau Melaka menjadi aspek yang penting bagi mengembangkan perniagaan. Antara aspek tarikan dan pemasaran yang bakal diwujudkan adalah seperti:
1. Mengekalkan keadaan persekitaran yang bersih bagi menjaga ekosistem disitu bagi menjamin kualiti seta hasil tangkapan oleh para pemancing. Syarat-syarat juga akan dikenakan kepada para pemancing.
2. Keindahan sekeliling platform seperti mini taman bunga dan juga taman permainan akan dibina bagi ibu bapa yang ingin menikmati suasana yang harmoni dan aman bersama anak-anak mereka.
3. Restoran mesra pelanggan yang unik akan dibina bagi menarik lebih ramai golongan muda serta keluarga dalam menjamu juadah bersama keluarga, orang yang tersayang mahupun rakan-rakan dalam suasana yang indah berserta layanan yang mesra.
4. Berbagai jenis pesta, majlis dan juga pertandingan akan di adakan disitu dalam menarik lebih ramai pengunjung di kawasann Platform Joran Pulau Melaka.
5. Promosi - promosi juga akan diadakan dari semasa ke semasa di seluruh tanah air termasuk di negara-negara jiran.
6. Platform Joran Pulau Melaka akan sentiasa dijaga mutu perkhidmatannya bagi keselesaan dan kepuasan pengunjung.
7. Selain itu, Platform Joran Pulau Melaka turut akan dinaik taraf dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dari pelbagai jenis aspek. Perancangan yang teratur dari sebelum dan selepas pembinaan akan dibuat bagi membolehkan Platform Joran Pulau Melaka ini dapat berfungsi dengan sempurna.




